Seo Services

Kemudahan Kem Batalion 10 PGA dinaik taraf - TPM

Foto: Nadim Bakhari

SIBU: Kemudahan asas termasuk kuarters kediaman anggota di Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang di sini, perlu dipertingkat berikutan keadaannya yang semakin usang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pencapaian pasukan berkenaan diiktiraf antara Batalion PGA terbaik negara, namun kemudahan di kem yang dibina pada tahun 1968 dengan sebahagian besar struktur daripada kayu itu amat menyedihkan.

"Keadaan kem ini amat teruk. Sebelum ini saya hanya mendengar taklimat mengenainya ketika berkunjung ke Kuching dan Sibu tetapi hari ini saya melihat sendiri keadaannya.

"Kem ini memerlukan perhatian utama untuk dinaik taraf," katanya selepas melawat kem berkenaan, pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf surau dan RM100,000 bagi menaik taraf gereja dalam kem berkenaan.

Beliau berkata, lebih banyak peruntukan akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan dalam kem berusia 47 tahun itu. - BH
Kemudahan Kem Batalion 10 PGA dinaik taraf - TPM Kemudahan Kem Batalion 10 PGA dinaik taraf - TPM Reviewed by uMieySurianie on January 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.