Seo Services

Kerajaan Teruskan Pemberian BR1M


Kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) biarpun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, bantuan tersebut merupakan komitmen kerajaan dalam membela kedudukan rakyat.

“Jika kita melihat kepada BR1M, ia dibayar dalam tiga peringkat. Kepada penerima BR1M, ia akan meningkatkan pendapatannya. Kemudian dia akan berbelanja seterusnya membawa kepada kesan gandaan dan keluaran sampingan kepada ekonomi.

“Jadi, kita akan memastikan bahawa janji kita iaitu BR1M, akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Perniagaan 2016 anjuran Quest International University Pe­rak (QIUP) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kedudukan BR1M sama ada akan diteruskan oleh kerajaan ketika negara berdepan situasi ekonomi mencabar pada tahun ini atau tidak.

Dalam perkembangan berlainan, menyentuh cadangan supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikurangkan, Ahmad Husni berkata, Malaysia merupakan negara yang menyediakan pengecualian cukai terbesar dalam sistem percukaian tersebut.

“Jika dibuat kajian perban­ding­an, kebanyakan pengecualian yang diberikan oleh negara lain hanya membabitkan barangan dan perkhidmatan berorientasi eksport.

“Namun, di negara kita, terlalu banyak pengecualian, jadi sudah tentu kita akan teruskan tetapi kebajikan rakyat yang miskin tetap kita bela,” katanya. - utusan
Kerajaan Teruskan Pemberian BR1M Kerajaan Teruskan Pemberian BR1M Reviewed by Unknown on January 11, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.