MANCHESTER United dilapor enggan meminjamkan Marouane Fellaini kepada pasukan lain sebaliknya mahu menjual pemain berkenaan pada harga tidak kurang £27.5 juta.
Kelab Itali, AC Milan sebelum ini dilapor ingin meminjam Fellaini dari United tetapi telah ditolak.
Bagaimanapun kelab gergasi Inggeris itu sedia menjual pemain tinggi lampai dari Belgium berkenaan pada harga £27.5 juta iaitu jumlah sama ketika dibeli dari Everton pada 2013.
Fellaini merupakan antara pemain yang dibenci penyokong United gara-gara aksi tidak memberangsangkan yang dipamer tonggak tersebut sejak musim lalu.
Dia yang menjadi pemain pilihan kedua jurulatih, Louis Van Gaal turut 'diboo' oleh penyokong sendiri.
-mstar
Man United Mahu Jual Marouane Fellaini
Reviewed by Unknown
on
January 11, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 11, 2016
Rating:

No comments: