JOHOR BAHRU: Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses pil ekstasi dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.1 juta dalam lima serbuan berasingan di negeri ini beberapa hari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan tersebut, polis turut menahan enam lelaki berusia antara 37 dan 45 tahun.
“Antara barangan yang dirampas ialah 58 kilogram dadah dipercayai serbuk ekstasi, 5,290 pil ekstasi, satu kilogram dadah syabu dan peralatan memproses pil ekstasi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata, polis percaya dadah yang dirampas itu untuk diseludup ke Singapura dan Indonesia. - UTUSAN ONLINE
Polis Bongkar Makmal Proses Ekstasi, Rampas Dadah Bernilai RM8.1j
Reviewed by Unknown
on
January 11, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 11, 2016
Rating:

No comments: