KLANG: Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad-NSTP menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada mangsa kemalangan, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori, Isnin lalu.
Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sebentar tadi.
Badrulhisham berkata, sumbangan terbabit sebagai permulaan dan akan terus menghulurkan sumbangan kepada pelajar itu pada masa akan datang.
Katanya, bantuan kaki palsu juga akan diberikan bergantung kepada keperluan Siti Nuraisyah.
"Bantuan tidak akan berhenti di sini. Kita akan lihat keperluan yang diperlukan termasuk bantuan pendidikan.
"Saya dapat rasakan dia masih trauma. Ketika bersembang dengannya tadi, dia langsung tidak bersuara dan hanya mengangguk, " katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi. - BH
Media Prima-NSTP Bantu Pelajar Hilang Kaki
Reviewed by uMieySurianie
on
January 20, 2016
Rating:

No comments: