Seo Services

MH370 : Towfish hilang, usaha pencarian alami kesukaran

Pihak berkuasa Australia akan berusaha mendapatkan kembali pengesan sonar laut dalam dikenali ‘towfish’ yang digunakan dalam operasi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di dasar laut yang dilaporkan hilang semalam.

“Towfish bertembung dengan lumpur gunung berapi yang naik hampir 2,200 meter dari dasar laut menyebabkan kabel tunda kenderaan itu terbuka.

“Akibatnya towfish dan 4,500 meter kabel terpisah dari kapal dan kini terdampar di dasar laut,” kata kenyataan Agensi Pusat Koordinasi Bersama (JACC).

Sebelum ini, towfish digunakan di dasar laut seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dan tidak dinyatakan sama ada kehilangan pengesan sonar itu akan melambatkan usaha pencarian.

Pun begitu, JACC memaklumkan bahawa towfish tambahan di atas kapal Fugro Discovery sedang disediakan bagi meneruskan operasi pencarian dasar laut yang diketuai Australia dan dianggap antara operasi paling mahal pernah dijalankan.

Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 sehingga mencetus misteri dalam sejarah penerbangan dunia. - BNBBC News
MH370 : Towfish hilang, usaha pencarian alami kesukaran MH370 : Towfish hilang, usaha pencarian alami kesukaran Reviewed by Admin on January 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.