Seo Services

Ribut Snowzilla Lumpuhkan AS


NEW YORK – Ribut salji yang hampir memecah rekod melanda bahagian timur Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyebabkan Washington dan New York lumpuh dengan menjejaskan lebih 85 juta penduduk negara kuasa besar itu.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, ekoran bencana salji tebal itu, White House turut membatalkan taklimat hariannya sejak kelmarin.

Hampir 800,000 kediaman dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik manakala perkhidmatan bas awam dibatalkan dan kegiatan persekolahan dihentikan serta kakitangan kerajaan tidak bekerja.

Selain New York dan Washington turut terjejas akibat ribut salji itu ialah Philadelphia, Baltimore, Arkansas, Carolina Utara, Kentucky, Ohio, Tennessee dan Virginia.

Dalam pada itu, sebanyak 6,500 penerbangan dibatalkan manakala 3,800 yang lain ditangguhkan, menyebabkan ribuan pelancong terkandas di beberapa lapangan terbang utama. - KOSMO!

Ribut Snowzilla Lumpuhkan AS Ribut Snowzilla Lumpuhkan AS Reviewed by uMieySurianie on January 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.