Seo Services

Pakai Jubah Hitam, Fynn Jamal Dituduh Syiah


Bagi peminat setia Fynn Jamal, pastinya mereka sudah masak sangat dengan pakaian jubah hitam yang dipakai oleh penyanyi ini namun dalam masa yang sama, dia turut digelar syiah oleh sesetengah individu yang tidak bertanggugjawab.

“Kalau di akaun Instagram saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya. Sampaikan imej saya yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman Syiah. Tuduhan itu memang mengarut”

“Sebagai seorang wanita Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya kepada mStar Online selain menyifatkan tuduhan berkenaan adalah sangat melampau.

Bagi Fynn, pemilihan pakaian berwarna gelap tersebut adalah mudah untuk digayakan ke mana-mana saja, asalkan selesa dan bersih.

“Kalau nak tahu, dahulu setiap hari saya dan suami ada masalah untuk berfikir baju apa yang perlu dipakai. Pada pengakhirannya, saya dan juga suami memutuskan untuk memakai baju hitam sahaja”

“Bukan orang luar sahaja bercakap, ibu dan ayah saya pun bising ‘dah tak ada warna baju lain ke?’ Hahaha…Bagi saya, yang penting baju dipakai itu bersih,” katanya menjelaskan perkara sebenar. (rtky/s)
Pakai Jubah Hitam, Fynn Jamal Dituduh Syiah Pakai Jubah Hitam, Fynn Jamal Dituduh Syiah Reviewed by uMieySurianie on January 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.