Seo Services

PAS Yakin Tadbir Urus Kewangan Tabung Haji

PAS berpuashati dan yakin dengan penjelasan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung prestasi kewangan institusi tersebut.

Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyebut PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus yang diamalkan TH sekalipun wujud cubaan mengkucar kacirkan syarikat berkaitan kerajaan itu susulan pembocoran surat peringatan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Tabung Haji bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan taki paspulangan kepada pendeposit

“PAS berpuas hati dengan penjelasan oleh Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen semalam) serta pengurusan tertinggi lembaga itu yang mengesahkan prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan.

“Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat,” katanya lagi. - BNBBC News
PAS Yakin Tadbir Urus Kewangan Tabung Haji PAS Yakin Tadbir Urus Kewangan Tabung Haji Reviewed by Admin on January 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.