Seo Services

Polis Miri Buru Penyebar Berita Palsu Pemburu Kepala Manusia


MIRI: Polis memulakan siasatan terhadap penyebaran berita palsu mengenai pemburu kepala manusia oleh seorang individu yang disiarkan melalui akaun Facebook Miri Complain Community semalam.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata individu tersebut kini diburu dan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penyebaran berita palsu itu bertujuan menimbulkan ketakutan pada orang awam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lepas, Polis Bintulu membuka dua kertas siasatan berkaitan penyebaran berita palsu dalam akaun Facebook Bintulu News yang mendakwa penyamun menculik dan menjual organ manusia milik penduduk rumah panjang di Mukah dan Bintulu.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit dipetik sebagai berkata pentadbir akaun Bintulu News turut diburu dipercayai bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

Zailanni berkata setakat ini tiada laporan polis berkaitan penculikan atau penjualan organ manusia.- BERNAMA
Polis Miri Buru Penyebar Berita Palsu Pemburu Kepala Manusia Polis Miri Buru Penyebar Berita Palsu Pemburu Kepala Manusia Reviewed by uMieySurianie on January 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.