Pasar Nelayan |
Dewan Serbaguna dalam pembinaan |
Jalan raya yang telah diturap |
Taman Bimbingan Kanak-Kanak |
KUCHING: Kampung Gobeilt merupakan kampung nelayan di negeri ini yang sentiasa terbela melalui limpahan pelbagai program pembangunan dan kemudahan, secara tidak langsung terus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk kampung tersebut.
Menurut Mohtar Gani, 65, merupakan bekas guru bahasa Inggeris di SK Gobeilt melahirkan rasa syukur kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni tidak pernah mengabaikan kebajikan kampung mereka selama ini.
Mohtar Gani, |
“Pembangunan kampung ini telah banyak dipertingkatkan seperti pembinaan Dewan Serbaguna untuk kegunaan masyarakat kampung membuat pelbagai aktiviti seperti riadah, bersukan, malam keramaian dan lain-lain lagi," katanya semasa ditemubual wartawan Sarawakiana awal pagi tadi.
Kemudahan seperti perpustakaan kampung turut disediakan oleh pihak kerajaan khasnya untuk belia-belia di kampung untuk membaca pelbagai buku yang telah disediakan untuk mendapatkan informasi terkini ujar Suaidi Yusop, 52, merupakan Pengerusi Rukan Tetangga Kampung Gobeilt.
Suaidi Yusop |
“Pembinaan sistem perparitan kampung kami telah disiap dibina, ini menjadikan sistem saliran kampung kami lebih teratur dan lebih bersih sekaligus menunjukkan pemimpin di kawasan DUN ini merupakan seorang yang sangat peka dengan masalah kampung kami, ujar Suaidi.
“Pembinaan Pasar Nelayan Kampung Gobeilt turut dibina dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), ini membolehkan penduduk kampung tersebut boleh menjana pendapatan mereka yang rata-ratanya pekerjaan utama mereka adalah nelayan,” kata Hasmah binti Yusop, 62, yang telah menetap di Kampung Gobelit selama lebih 20 tahun.
Hasmah binti Yusop |
Hasmah berkata jalan-jalan di kampung telah diturap seperti jalan raya yang baharu sekaligus memberi keselesaan kepada penduduk bergerak dan memudahkan para pelanggan dari luar datang untuk membeli ikan-ikan segar di pasar nelayan Kampung Gobeilt.
“Pembinaan tadika kemas dan sekolah rendah yang berdekatan memudahkan anak-anak kampung ke sekolah selain memberi peluang kepada kita memfokus bagaimana meningkat mutu kehidupan masa depan melalui pendidikan,” tambah Hasmah.
Akhir sekali, Hasmah percaya selagi di bawah kepimpinan Dr Hazland, kebajikan penduduk kampung akan terus terbela kerana beliau memperjuangkan kehendak rakyat di sini dan yakin penduduk Kampung Gobeilt akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional.- Sarawakiana
Pembangunan Kampung Gobeilt Tidak Dipinggirkan
Reviewed by Unknown
on
January 11, 2016
Rating:
No comments: