KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menyerbu sebuah kilang papan di Jalan Sungai Periuk di sini kerana disyaki menjalankan operasi tanpa permit sah dan cuba mengelak membayar cukai.
Komander Briged Sarawak SAC Datuk Isa Munir berkata, kejayaan tersebut adalah hasil risikan diketuai ASP Sahamran Ibrahim bersama tujuh anggotanya yang membolehkan serbuan dilakukan sekitar jam 11 pagi semalam.
Menurutnya, siasatan mendapati premis tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 62 Ordinan Hutan 2015 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika didapati bersalah.
“Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut tidak memiliki lesen mengikut seksyen 62 Ordinan Hutan 2015 dan difahamkan kilang tersebut beroperasi sejak tahun lalu.
“Selain itu, seorang lelaki tempatan juga pemilik kilang tersebut turut ditahan dalam serbuan itu,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Beliau berkata, operasi turut merampas kayu bergergaji pelbagai saiz dan jenis dengan anggaran 50 tan, seunit mesin angkat susun, seunit mesin ‘bandsaw’ dan mesin ‘cross cut.’
“Semua barang rampasan diangggarkan bernilai RM91,000. Tangkapan dan rampasan diserah kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya. -UB-
PGA Briged Sarawak Serbu Kilang Papan Beroperasi Tanpa Permit
Reviewed by Unknown
on
January 27, 2016
Rating:
No comments: