Seo Services

Polis Buka Dua Kertas Siasatan Kes Viral "Apai Nyamun" Di Facebook


BINTULU: Pihak polis akan membuka dua kertas siasatan berhubung dengan dakwaan palsu yang viral menerusi laman sosial Facebook yang kononnya ‘Apai Nyamun’ menculik penduduk rumah panjang sekitar kawasan Bintulu dan Tatau sejak dua minggu lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah(KPD) Bintulu Superintenden Zailanni Amit dalam satu kenyataan semalam, penyebaran viral palsu mengenai kewujudan ‘Apai Nyamun’ atau penjenayah itu harus dihentikan dengan segera.

Zailanni turut membidas tindakan golongan tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu berkaitan dengan 30 penyamun menculik tiga orang awam sekitar Mukah dan Bintulu dan semua mereka kononnya diculik dan dibunuh oleh penjenayah terbabit yang kononnya bagi mendapatkan kepala serta organ penduduk setempat untuk tujuan tertentu.

Tambahnya, beliau juga merasa bimbang ketika  memberitahu pihak media dalam satu kenyataannya mengenai khabar angin yang tidak diketahui kebenarannya dan boleh menyebabkan suasana panik serta menimbulkan rasa takut dikalangan masyarakat.

Beliau juga menegaskan perkara tersebut dikatakan tidak berlaku di sini, ujarnya seperti yang dipetik dalam sebuah akhbar tempatan.

Justeru itu, Zailanni mahu penyebaran berita palsu itu dihentikan segera kerana setakat ini tiada laporan diterima berkaitan isu ‘Apai Nyamun’ yang kononnya masih bebas mencari mangsa.

Oleh yang demikian, pihak polis turut melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan serta tindakan lanjut berhubung penyebaran berita palsu,tambahnya lagi.-Sarawakiana
Polis Buka Dua Kertas Siasatan Kes Viral "Apai Nyamun" Di Facebook Polis Buka Dua Kertas Siasatan Kes Viral "Apai Nyamun" Di Facebook Reviewed by Unknown on January 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.