Seo Services

Polis Marin Sarawak Rampas 50,000 Liter Diesel


KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak merampas 50,000 liter diesel bernilai RM80,000 yang disyaki diseludup dari Labuan dalam serbuan di Kuala Lawas, Lawas, semalam.

Komander PPM wilayah itu, ACP N. Kalai Chelvan berkata dalam serbuan kira-kira 1.45 tengah hari, sepasukan empat anggota daripada PPM Limbang yang sedang menjalankan tugas risik Ops Gelora turut menahan dua orang lelaki disyaki anak kapal bot tunda itu.

Beliau berkata hasil rondaan, anggota pasukan itu menahan sebuah bot tunda berwarna putih yang dalam keadaan mecurigakan dan pemeriksaan mendapati bahagian belakang bot tunda itu diubah suai menjadi sebuah tangki yang mengandungi minyak diesel.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang dokumen berhubung minyak diesel yang dibawa oleh bot tunda itu dan ia diperoleh dari Labuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata kesemua minyak diesel serta bot tunda dirampas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Lawas untuk tindakan lanjut berhubung kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan.

Nilai rampasan diangggarkan RM230,000 iaitu bot tunda (RM150,000) dan minyak diesel 50,000 liter (RM80,000).

Kalai Chelvan berkata laporan polis juga dibuat di Balai Polis Lawas.

Beliau turut mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM Wilayah Lima di talian 082-334111 atau faks 082-344780, katanya. - Bernama
Polis Marin Sarawak Rampas 50,000 Liter Diesel Polis Marin Sarawak Rampas 50,000 Liter Diesel Reviewed by Unknown on January 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.