Seo Services

Ronaldo Hak Milik Real Madrid


PRESIDEN Real Madrid Florentino Perez memberi jaminan kepada penyokong kelab itu bahawa mereka tidak akan sesekali melepaskan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo.

Baru-baru ini, Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan semula ke Manchester United dan Paris Saint Germain (PSG).

Namun Perez dalam satu sidang media menegaskan pemain kelahiran Portugal itu akan terus memainkan peranan penting dibawah kendalian pengurus baharu, Zinedine Zidane.

"Cristiano Ronaldo adalah pemain hebat di dunia dan dia akan mengetuai semua pemain di Real Madrid.

"Dia amat gembira di sini, jadi dia tidak akan meninggalkan Real Madrid," katanya.

Ronaldo menjaringkan 340 gol dalam 327 perlawanan bersama Real.

Keperluan untuk mengekalkan Ronaldo di Bernabeu semakin memuncak selepas Real berdepan hukuman penggantungan pemindahan pemain selama setahun.-Mstar
Ronaldo Hak Milik Real Madrid Ronaldo Hak Milik Real Madrid Reviewed by Unknown on January 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.