Seo Services

Tidak Mahu Tukar Lagi - Pei Jing


GEORGE TOWN: "Tidak mahu tukar lagi".

Itu harapan pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing agar gandingannya bersama Tan Kian Meng, dikekalkan.

Gandingan itu yang baharu berusia kira-kira tiga bulan melakar kejutan di kejohanan badminton Masters Malaysia di sini apabila mara ke separuh akhir.

Menurut Pei Jing, 23, sikap ingin tahu dan kemahiran mengawal gelanggang serta keberanian melakukan serangan membuatkan beliau sangat selesa bersama gandingannya yang mempunyai ketinggian 1.85 meter itu.

"Kalau hendak tukar lagi, saya tidak mahulah. Saya sangat suka sikap Kian Meng walaupun dia pendatang baharu acara ini selepas ditukar daripada acara perseorangan.

"Walaupun Kian Meng kadang-kadang berfikiran seperti kanak-kanak, saya seronok berganding dengannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pei Jing pernah berganding bersama Chan Peng Soon dan Tan Aik Kuan sebelum Kian Meng, 21, menjadi pasangan barunya.

"Peng Soon adalah pemain yang banyak pengalaman. Aik Kuan dan Kian Meng lebih kurang sama sebab mempunyai corak serangan serta kawalan gelanggang yang baik.

"Satu kelebihan Kian Meng adalah dia masih muda dan dia tidak takut penat," katanya.

Kian Meng/Pei Jing yang mempamerkan aksi meyakinkan sejak pusingan kelayakan lagi, mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Keigo Sonoda/Naoko Fukuman 21-10, 21-15.

Kemenangan tanpa diduga itu, akan menemukan mereka dengan rakan senegara yang juga pasangan senior, Peng Soon/Goh Liu Ying pada pertembungan separuh akhir esok.

"Saya sangat gembira sebab menang ke atas ramai lawan yang berstatus pilihan di kejohanan ini. Menentang Peng Soon/Liu Ying nanti, kami akan cuba memberi tentangan kepada mereka," kata Pei Jing.

Peng Soon/Liu Ying mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Hafiz Faisal/Shella Devi Aulia 21-13, 21-18.

"Esok kita akan lawan rakan sepasukan. Saya nampak mereka ada cara tersendiri berdepan lawan mereka. Saya rasa tidak senang juga untuk berdepan Pei Jing/Kian Meng," akui Peng Soon.

-- BERNAMA
Tidak Mahu Tukar Lagi - Pei Jing  Tidak Mahu Tukar Lagi - Pei Jing Reviewed by Unknown on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.