Seo Services

Beri masa kepada Ahmad Bashah majukan Kedah - Zahid


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan lebih peruntukan disalurkan kepada pentadbiran baharu Kedah yang diterajui Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat membantu Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12 menjalankan tugas membangunkan lagi negeri itu.

"Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja empat hari di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kelayakan pendidikan Ahmad Bashah agak rendah berbanding keperluan yang tinggi, penduduk harus melihat dari sudut positif yang ada pada beliau dalam pentadbiran di peringkat Pusat.

Katanya, Ahmad Bashah yang dikenalinya sejak 1987 pernah menjadi Timbalan Menteri dan terbabit lebih 35 tahun dalam arena politik. "Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain. "Jangan hina dan merendahkan.

Berikan peluang. alau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran. Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan," katanya.

Beliau berkata, Ahmad Bashah perlu diberi masa 100 hari bagi beliau mencorakkan bentuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya. - BH

Beri masa kepada Ahmad Bashah majukan Kedah - Zahid Beri masa kepada Ahmad Bashah majukan Kedah - Zahid Reviewed by Unknown on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.