Seo Services

Budak 10 Tahun Maut Dihanyut Arus Deras Parit Besar


KUCHING: Seorang budak lelaki ditemui mati lemas setelah tergelincir kedalam sebuah parit besar di kawasan perumahan Batu Gong, Siburan, disini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Vesten Sigat Wilson Balai, 10 dikatakan sedangan bermain bersama rakan-rakannya dikawasan tersebut sebelum tergelincir dan dihanyutkan oleh arus deras.

Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima laporan mengenai mangsa dikhuatiri mati lemas pada jam lebih kurang 4 petang.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dikatakan bermain di tepi parit berkenaan sekitar jam 3 petang sebelum mangsa tiba-tiba tergelincir dan hanyut dibawa arus deras, katanya.

“Anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan operasi pencarian mangsa menggunakan kaedah ‘water surface.’

“Mangsa berjaya ditemui sekitar jam 4.50 petang iaitu kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian,” tambahnya lagi.

Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana

Budak 10 Tahun Maut Dihanyut Arus Deras Parit Besar Budak 10 Tahun Maut Dihanyut Arus Deras Parit Besar Reviewed by Unknown on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.