Seo Services

Empat Kuarters Kerajaan Musnah Dalam Kebakaran


SRI AMAN: Sebanyak empat buah kuarters kayu milik kerajaan telah musnah dalam kebakaran berdekatan pasar Pantu,Jalan Pasar disini petang tadi.

Sejurus menerima laporan dari awam.sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian yang teletak lebih kurang 64 kilometer dari balai terdekat.

Menurut jurucakap bomba, semasa ketibaan pihaknya di lokasi kejadian, didapati keempat-empat buah rumah kuarters kayu milik kerajaan tersebut telah musnah sepenuhnya dan hanya proses penyejukkan dilakukan di sekitar kawasan yang telah musnah terbakar.

Difahamkan sebuah pusat sehenti akan dibuka bagi menempatkan seramai 13 orang penghuni yang tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, tiga wanita dan lima orang kanak-kanak.

Sehingga berita ini ditulis punca kejadian masih lagi dalam siasatan.-Sarawakiana

Empat Kuarters Kerajaan Musnah Dalam Kebakaran Empat Kuarters Kerajaan Musnah Dalam Kebakaran Reviewed by Unknown on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.