Seo Services

Hab Halal Tanjung Manis Sedang Giat Dengan Pasarana Terbaik


KUCHING: Hab Halal Tanjung Manis yang merupakan antara mod (pusat) pertumbuhan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) kini sedang giat dilengkapkan dengan segala prasarana yang terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata seminar yang telah dianjurkan untuk memberi penerangan secara menyeluruh berkaitan peluang-peluang pelaburan di Karidor Tenaga Boleh Diperbaharu Sarawak - SCORE amnya dan Hab Halal Tanjung Manis khasnya.

“Seminar yang diadakan pada hari ini adalah salah satu cara dalam usaha kita menambah bilangan penyertaan pelabur tempatandari seluruh Malaysia, seperti mana minat yang ditunjukkan oleh Delegasi DMDI dan juga para usahawan tempatan Sarawak yang hadir pada hari ini,” ujarnya.

Menurutnya, Hab Halal Tanjung Manis dan Mukah Smart City akan meneroka kawasan pedalaman SCORE untuk akuakultur , perladangan hutan , perikanan dan penternakan.

Tambahnya, Hub Halal Tanjung Manis membangun sepenuhnya meliputi kawasan seluas 77,000 ekar dan merupakan hab halal terbesar di rantau Asia Tenggara.

“Ia juga merupakan satu-satunya Hab Halal yang menyediakan kemudahan untuk melaksanakan aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Hub Halal Tanjung Manis yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada Disember 2014.

“Hub Halal disediakan dengan infrastruktur asas yang diperlukan jalan-jalan itu, elektrik, air dan sebagainya.

“Disebebkan domestik yang lembab, syarikat- syarikat peringkat global mencari lokasi di kawasan Asia untuk membuka tapak operasi baharu mereka.

“Oleh itu, SCORE menawarkan faedah yang besar kepada pelabur-pelabur yang berpotensi dan juga menyediakan bekalan tenaga yang berterusan, " jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Kemudahan Awam berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Seminar Potensi Pelaburan Di Hab Halal Tanjung manis di Komplek Dewan Undangan Negeri Lama di sini sebentar tadi. – Sarawakiana
Hab Halal Tanjung Manis Sedang Giat Dengan Pasarana Terbaik Hab Halal Tanjung Manis Sedang Giat Dengan Pasarana Terbaik Reviewed by uMieySurianie on February 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.