Seo Services

Ops SAR Korban Banjir Di Sarawak Temui Petunjuk Baharu

Foto: BERNAMA

SIBURAN: Selepas 36 jam dilaporkan hilang, pasukan pencari dan penyelamat (SAR) menemui beg sandang milik Judus Jali, 18, yang juga korban pertama banjir di Sarawak.

Penemuan kira-kira jam 10 pagi tadi itu diyakini dapat membantu usaha mengesan pemuda berkenaan, yang hilang selepas dihanyutkan arus pada malam Sabtu lalu.

Bersandarkan petunjuk itu, operasi SAR yang diketuai Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, kini bertumpu di sekitar radius 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.

Pada 20 Februari lalu, mangsa yang sedang melalui jalan ke Kampung Maang dari Kampung Panchor ketika banjir, terjatuh ke tebing sungai Maang. Difahamkan, mangsa sempat berpaut pada dahan pokok, namun gagal bertahan lama. - BH
Ops SAR Korban Banjir Di Sarawak Temui Petunjuk Baharu Ops SAR Korban Banjir Di Sarawak Temui Petunjuk Baharu  Reviewed by uMieySurianie on February 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.