Seo Services

'Mereka Sibuk Ambil Gambar Dari Bantu Kami'


ENGLAND: Seorang mangsa kemalangan kecewa dan terkejut dengan tindakan beberapa individu yang hanya berminat untuk mengambil gambar insiden dari membantunya dan anaknya ketika mengalami kemalangan.

Susan McKay dan anaknya, Terrilee Hope terperangkap di dalam kereta jenis Nissan Note selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di County Durham.

Namun apa yang mengejutkan, Susan berkata orang ramai yang bergegas ke lokasi kejadian hanya mengambil gambar dan video tetapi tidak cuba untuk membantunya.

"Saya menjerit dan panik. Saya terperangkap di antara stering kereta dan manakalan pokok dan wayar elektrik terkena di bahagian tempat duduk anaknya.

"Saya tidak dapat keluar dan pada mulanya berfikir orang ramai yang berada di lokasi kejadian akan membantu sebaliknya hanya mengambil gambar," katanya dipetik Metro.uk.

Malah, menurut Susan, dia turut merayu untuk membantu mengeluarkan saya serta anaknya namun tiada siapa yang cuba melakukannya.

"Satu-satunya orang yang menolong mereka pada ketika itu ialah seorang pemandu bas yang turut menelefon talian kecemasan dan membantu menenangkan mereka.

"Lelaki berkenaan baik hati dan saya berterima kasih kepadanya serta petugas kecemasan yang membantu.

"Saya kecewa dengan sikap beberapa individu tersebut dan mereka sepatutnya berasa malu dengan tindakan tersebut," ujarnya lagi.

Sementara itu, pegawai polis Cleveland dan Durham Road, Paul Jackson berkata, pemandu serta penumpang kereta berkenaan terperangkap dan meminta pertolongan.

"Malangnya, tindakan beberapa individu yang berada di lokasi kejadian lebih berminat mengambil gambar dan video dari memberi bantuan adalah sesuatua yang mengecewakan," katanya.

Kedua beranak itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringgan. - SH
'Mereka Sibuk Ambil Gambar Dari Bantu Kami' 'Mereka Sibuk Ambil Gambar Dari Bantu Kami' Reviewed by uMieySurianie on February 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.