Seo Services

Pegawai Burukkan Imej PM, SPRM Digesa Bertindak


AYER KEROH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai agensi itu yang didakwa cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan serta-merta, terutama terhadap pegawai yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat.

"Saya minta SPRM supaya mengambil tindakan segera ke atas pegawainya yang dilihat cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri. "Mereka yang terbabit dalam isu ini tidak diberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan.

Mereka dilihat masih mempertikaikan kenyataan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Cemerlang, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel sebuah akhbar mengenai kebimbangan kemungkinan SPRM dipolitikkan atau semata-mata mengejar ranking indeks persepsi rasuah Transparency International Malaysia (TI-M).

Mohd Ali yang juga Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berkata, isu itu juga timbul dipercayai kerana wujud campur tangan pihak pembangkang dan SPRM sebagai badan bebas yang menjaga disiplin, tidak boleh dipolitikkan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata, DMDI akan menganjurkan sukan tradisi bersama enam negara luar bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bermula 12 hingga 15 Februari ini.

"Sukan tradisi seperti sepak takraw, permainan gasing, silat, badminton dan boling ini bakal membabitkan penyertaan 798 peserta dari kalangan negara anggota seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Sri Lanka, Brunei, selain Malaysia.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. - BH

Pegawai Burukkan Imej PM, SPRM Digesa Bertindak Pegawai Burukkan Imej PM, SPRM Digesa Bertindak Reviewed by uMieySurianie on February 01, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Ayo yo..
    Najib tiada salah maa..
    rakyat bodo maa..

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.