Seo Services

Najib Terima Kunjungan Hormat Lapan Ketua Perwakilan Asing


PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat lapan ketua perwakilan asing baru ke Malaysia di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Dalam perjumpaan kira-kira 45 minit itu, Najib bertemu dengan enam duta besar dan dua pesuruhjaya tinggi asing.

Mereka adalah Pesuruhjaya Tinggi Zambia, Walubita Imakando dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives, Mohamed Fahmy Hassan.

Duta Besar Switzerland, Michael Winzap; Duta Besar Gambia, Abubacarr Jah; Duta Besar Peru, Guido Felipe Loyza Devescovi; Duta Besar Afghanistan, Atiqullah Atifmal; Duta Besar Cuba, Ibete Fernandez Hernandez; dan Duta Besar Iran, Marzieh Afkham turut menemui Najib.

Pada 29 Disember lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Malim Mu’adzam Shah menerima watikah pelantikan kepada lapan perwakilan asing itu di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama
Najib Terima Kunjungan Hormat Lapan Ketua Perwakilan Asing Najib Terima Kunjungan Hormat Lapan Ketua Perwakilan Asing Reviewed by Unknown on February 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.