Seo Services

'Op Selamat' Tumpukan Penguatkuasaan Secara Menyeluruh


KUCHING: Operasi khas Op Selamat 8/2016 sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula hari ini selama 15 hari akan menumpukan penguatkuasaan secara menyeluruh.

Dengan bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', operasi secara penuh itu dilakukan oleh pegawai dan anggota polis bertugas menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

Tujuan mengadakan Op selamat ini selain daripada operasi adalah kempen untuk menyedarkan pemandu kenderaan di jalan raya supaya memandu dalam keadaan yang selamat kata Timbalan Persuruhjaya Polis Sarawak DCP Dato' Abd.Aziz Yusof.

“Sepanjang tahun lepas, seramai 433 orang meninggal dunia di jalan raya negeri ini akibat kemalangan”

“Jadi, kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada tahun ini, tegasnya”

Beliau berkata semua pegawai serta anggota polis terlibat secara langsung menjaga keselamatan di lokasi-lokasi terpilih.

“Bagi penduduk-penduduk di bandar yang meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa perayaan, boleh melaporkan kepada polis atau datang ke balai polis yang berdekatan dan juga boleh memaklumkan secara online dengan muat turut borang yang berkenaan untuk memberitahu pihak polis rumah yang ditinggalkan,” ujarnya.

Jelasnya, polis membantu penduduk awam membanteras kegiatan jenayah yang sering berlaku menjelang musim perayaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

“Saya menyeru supaya kita sama- sama mengamalkan budaya memandu dengan selamat agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan,” tambahnya.

Beliau juga menyarankan agar orang ramai mempunyai rehat yang cukup bila dalam perjalanan yang jauh dan pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.

Abdul Aziz berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 bersempena Tahun Baharu di Waterfront sebentar tadi. – Sarawakiana
'Op Selamat' Tumpukan Penguatkuasaan Secara Menyeluruh 'Op Selamat' Tumpukan Penguatkuasaan Secara Menyeluruh Reviewed by uMieySurianie on February 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.