Seo Services

Pan Borneo : Kelestarian Alam Sekitar Diutamakan



SEMATAN: Proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo amat mementingkan kelestarian alam sekitar dan hidupan liar di sesetengah kawasan yang terjejas sepanjang jajaran Telok Melano - Sematan yang merupakan pembinaan fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Dato Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan memastikan jajaran tersebut tidak akan menjejaskan kawasan Santuari Hidupan Liar Samusan dan akan memastikan kehidupan flora dan fauna tetap terpelihara.

"Jajaran itu juga akan melibatkan pembinaan sebanyak enam buah jambatan termasuklah salah satu rekabentuk jambatan sepanjang 270 meter akan dibina megikut spesifikasi kehidupan 'proboscis monkey' memandangkan ia adalah kawasan habitat haiwan tersebut.

"Malah sebahagian daripada jajaran tersebut juga akan melintasi rizab hutan sepanjang 18 kilometer yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan," katanya

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas melawat tapak projek jajaran Telok Melano - Sematan di sini, hari ini.

Pembinaan jajaran sepanjang 33 kilometer tersebut telah mula dibina pada Oktober tahun lepas dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2019 dengan peruntukkan sebanyak RM580 juta. - Sarawakiana
Pan Borneo : Kelestarian Alam Sekitar Diutamakan Pan Borneo : Kelestarian Alam Sekitar Diutamakan Reviewed by Unknown on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.