Seo Services

PAS Desak Siasat Pembocor Kandungan Surat BNM Kepada TH

Kerajaan harus menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang membocorkan kandungan surat peringatan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini kerana, perbuatan sedemikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, perkara itu boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara

“Ia boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara apabila dokumen rasmi dibocorkan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat,” katanya, Khamis.

Sebelum ini, isu kebocoran kandungan surat peringatan BNM kepada TH telah dijadikan isu oleh sekelompok pihak tertentu yang jelas mempunyai agenda untuk menggugat keyakinan masyarakat terhadap tadbir urus badan yang mengawal selia wang umat Islam untuk menunaikan kerja haji di negara ini. - BNBBC News
PAS Desak Siasat Pembocor Kandungan Surat BNM Kepada TH PAS Desak Siasat Pembocor Kandungan Surat BNM Kepada TH Reviewed by Admin on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.