Seo Services

PDRM Umum Pertukaran Dan Penyelarasan Jawatan 10 Pegawai Kanan


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan penyelarasan jawatan 10 pegawai kanannya, berkuat kuasa 2 Mac ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner (ACP) Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu antara lain membabitkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi yang bertukar sebagai Ketua Polis Perak menggantikan Datuk Osman Salleh yang bersara wajib pada 13 Feb ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Chuah Ghee Lai pula akan bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman.

Tempatnya diambil alih oleh Setiausaha PDRM Bukit Aman, Datuk Ramli Din.

"Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) (Pentadbiran), Bukit Aman akan menggantikan Ramli," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Asmawati, Ketua Pusat Pengajian Krisis dan Bencana Maktab PDRM, Datuk Abd Aziz Ahmad juga akan ditukarkan ke Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) menggantikan Datuk Hasanuddin Hassan yang ditukar sebagai Ketua Pusat Pengajian Krisis dan Bencana Maktab PDRM.

Katanya Ketua Unit Penguatkuasaan, Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), ACP Zulkifli Che Wail pula bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Tempatnya diganti oleh ACP Zulkarnain Abd Rahman yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Operasi, Bahagian Perlindungan JPM.

Timbalan Pengarah PDRM Seksyen Penyelarasan dan Risikan, Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) JPM, ACP Mohd Shaharudin Baharom akan menyandang jawatan baharu sebagai ACP Pentadbiran Cawangan Khas Bukit Aman.

Manakala SAC Abdul Manaf Othman kekal sebagai SAC Pentadbiran Pasukan Polis Marin Ibu Pejabat Bukit Aman.

-- BERNAMA

PDRM Umum Pertukaran Dan Penyelarasan Jawatan 10 Pegawai Kanan PDRM Umum Pertukaran Dan Penyelarasan Jawatan 10 Pegawai Kanan Reviewed by Unknown on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.