Seo Services

Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Bermula Esok


Operasi penguatkuasaan ke atas 13 jenis barangan harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2016 akan bermula esok hingga 14 Februari, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kesemua barangan harga terkawal itu adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Kita ada menerima aduan mendakwa peniaga tidak meletakkan tanda khas berwarna merah jambu ke atas barangan terkawal bagi membezakan dengan barangan lain namun tindakan ke atas mereka masih belum diambil.

"Ada juga sebahagian peniaga yang berhemah sudah pasang siap-siap tanda khas merah jambu sebelum skim kawalan harga bermula, tapi kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan, esok pegawai kita akan mula pemeriksaan dan tindakan boleh diambil terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Maktab Koperasi Malaysia ke-60 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015.

Pada 27 Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetap 13 jenis barangan terkawal bersempena Tahun Baharu Cina antaranya ayam hidup, ayam standard, ayam super serta telur ayam gred A, B, dan C.

Individu yang didapati bersalah menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Denda maksimum sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 pula boleh dikenakan ke atas syarikat yang melakukan kesalahan sama

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal, denda maksimum RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan kepada individu, manakala denda maksimum RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Hamzah berkata, sejumlah 2,300 orang pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan. - Bernama
Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Bermula Esok Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Bermula Esok Reviewed by Unknown on February 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.