Seo Services

Pensyarah Disyaki Rogol Wanita Mabuk Serah Diri


KUCHING: Seorang pensyarah menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol yang dilaporkan berlaku di kawasan letak kenderaan di kawasan Padungan.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan itu secara paksaan terhadap seorang wanita yang berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir di Padungan selepas suspek berkenaan membantu wanita terbabit masuk ke dalam keretanya.Wanita berkenaan kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Ahad.

Polis kemudian bertindak sebaik menerima laporan wanita terbabit.

Menurut sumber, maklumat tentang suspek diperoleh pihak polis menerusi kenalannya di institusi pengajian tinggi tempat suspek bertugas.

Suspek kemudian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan dan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut. - UB
Pensyarah Disyaki Rogol Wanita Mabuk Serah Diri Pensyarah Disyaki Rogol Wanita Mabuk Serah Diri Reviewed by Unknown on February 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.