Seo Services

Proton Naik Harga Mulai 15 Feb


KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad akan menaikkan harga bagi semua model keretanya berkuat kuasa 15 Feb ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan kenaikan harga itu adalah antara RM312 dan RM2,021.

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit di mana ia memberi kesan kepada kos operasi syarikat serta rantaian ekosistem secara keseluruhan.

Menurut Proton Holdings, mereka telah mengambil pelbagai pendekatan bagi mengurangkan kos operasi serta memperkenalkan rasionalisasi operasinya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut di laman web Proton bagi menyemak semula harga baru setiap model kereta keluarannya.

-Astro Awani
Proton Naik Harga Mulai 15 Feb Proton Naik Harga Mulai 15 Feb Reviewed by Unknown on February 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.