Penghidap penyakit hati (Allagile Syndrome) adik Addi Asyraaf, 6 tahun, akhirnya bertemu idolanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini setelah permintaannya untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara itu menjadi viral sejak seminggu yang lalu.
Najib bersama isterinya Datin Rosmah Mansor tiba di kediaman mereka yang terletak di Kampung Bintawa pada jam lebih kurang jam 3.40 petang tadi dan telah meluangkan masa bersama mereka sekeluarga selama satu jam.
Ketibaan Najib nyata memberi kegembiraan kepada adik Asyraaf yang telah sekian lama mengimpikan untuk berjumpa dengan beliau sejak dari usia empat tahun lagi.
Menurut ibunya, Zurina Jamil 37, adik Asyraaf mula menghidapi penyakit hati sejak usianya mencecah tiga tahun.
Ibunya turut melahirkan rasa bersyukur kerana permintaan anaknya ditunaikan dengan segera.
“Saya juga turut gembira kerana tidak menjangka perkara ini akan terjadi dan apabila dapat melihat dengan mata sendiri Datuk Seri Najib.
"Saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana permintaan adik Asyraaf telah tercapai,” katanya
"Saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana permintaan adik Asyraaf telah tercapai,” katanya
Ditanya mengenai pandangan beliau terhadap Perdana Menteri, Zurina berkata, Najib seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sanggup datang untuk berjumpa dengan anaknya.
Ketibaan Najib di Kuching hari ini adalah merupakan kunjungan yang ke-51 beliau ke negeri ini sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.
Beliau dijangka akan mengiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di N.3 Tanjung Datu pada hari penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) esok. - Sarawakiana
Beliau dijangka akan mengiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di N.3 Tanjung Datu pada hari penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) esok. - Sarawakiana
Akhirnya Hasrat Adik Addi Asyraaf Ditunaikan
Reviewed by Unknown
on
April 24, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 24, 2016
Rating:


No comments: