Seo Services

Bunuh ahli suku, empat orang dihukum mati

RIYADH 25 Julai - Pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan hukuman mati kepada empat orang yang disabitkan kesalahan kerana membunuh enam anggota suku puak mereka.

Agensi berita SPA memetik Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, pembunuhan itu tercetus disebabkan pertikaian tanah dalam kalangan anggota suku puak Quthami.

Empat orang termasuk tiga adik beradik, dijatuhi hukuman bunuh di bandar Taif, menjadikan jumlah yang menjalani hukuman bunuh kepada 105 dijalankan oleh kerajaan tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi sering menjalankan hukuman mati terhadap kesalahan membunuh, pengedaran dadah, rompakan bersenjata, rogol serta murtad. - AFP/UM
Bunuh ahli suku, empat orang dihukum mati Bunuh ahli suku, empat orang dihukum mati Reviewed by Admin on July 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.