Seo Services

Lelaki Ditahan Rogol Wanita Vietnam



BATU PAHAT – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas disyaki merogol seorang pekerja Vietnam di sebuah asrama pekerja di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, suspek ditahan sepasukan polis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) akibat tikaman di belakang badannya dipercayai akibat pergelutan selepas merogol mangsa sebelum berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, suspek disyaki merogol pekerja Vietnam berusia 30 tahun ketika wanita itu baru pulang ke asramanya di sini, petang semalam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 petang semalam itu, suspek yang juga lelaki tempatan itu berada di asrama berkenaan tiba-tiba menarik mangsa ke dalam bilik sebelum merogolnya.

“Namun ketika kejadian adik lelaki dan suami mangsa kebetulan pulang ke asrama dan sempat bergelut dengan suspek dan dia cedera ditikam dibahagian belakang sebelum berjaya melarikan diri,” katanya.

Abdul Wahib berkata, suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – myMetro Online

Lelaki Ditahan Rogol Wanita Vietnam Lelaki Ditahan Rogol Wanita Vietnam Reviewed by Unknown on July 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.