Seo Services

Jawatan Presiden PRS Dipertandingkan Pada TDC Oktober Depan


KUCHING : Semua jawatan dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk jawatan presiden akan dipertandingkan dalam Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali PRS di Bintulu pada 22-23/10/2016 akan datang.

Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menyatakan pada kali ini jawatan presiden turut dipertandingkan memecah tradisi sebelum ini yang jawatan presiden tidak dipertandingkan.

"Ia adalah terbuka dan tiada halangan untuk calon bertanding," katanya.

Masing turut mengumumkan jawatankuasa pengelola Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali PRS pada sidang media di Ibupejabat PRS di Kuching pagi tadi.

"Pengerusi Pengelola yang dilantik ialah Datuk John Siki dan Timbalan yang dilantik ialah YB Majang Ringgi dan YB Snowdan Lawan," ujarnya.

" Manakala Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang dilantik ialah YB Malcolm Musen dan Timbalan ialah YB Wilson Nyabong dan Datuk Seri Doris Brodie," katanya.

Menurut Masing, inilah mesyuarat yang pertama selepas kemenangan PRS pada pilihanraya yang lalu dan mesyuarat kali ini disertai dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru iaitu YB Christopher Gira (Tamin) dan YB Chok Pai (Murum).-Sarawakiana
Jawatan Presiden PRS Dipertandingkan Pada TDC Oktober Depan Jawatan Presiden PRS Dipertandingkan Pada TDC Oktober Depan Reviewed by Unknown on July 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.