Seo Services

Erat Silaturahim Ziarah Musim Perayaan




BALAI RINGIN : Amalan kunjung mengunjung di musim perayaan telah diamalkan sejak sekian lama di Sarawak tanpa mengira kaum dan agama serta menterjemahkan ia dalam keadaan yang cukup harmoni dan perpaduan yang tinggi.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, amalan tersebut cukup penting kepada perpaduan dan toleransi yang membawa sebuah masyarakat yang kukuh permuafakan antara berbilang kaum dan agama.

" Sebagai wakil rakyat, saya begitu senang dengan amalan kunjung mengunjung pada musim perayaan di Sarawak terutama pada hari raya kerana ia adalah lambang keharmonian berbilang kaum dan agama," katanya.

" Pada masa sama saya merasa lebih rapat dengan rakyat dan mendengar setiap permasalan mereka yang perlu diambil berat oleh wakil rakyat," ujarnya.

Snowdan turut menyentuh bahawa kunjungan pada hari raya menyaksikan umat Islam begitu sederhana pemahaman mereka dan menyintai keamanan bersama kaum dan agama yang lain.

" Tidak seperti dakwaan segelintir masyarakat dunia yang menuduh umat Islam adalah pengganas," jelasnya.

" Kita boleh saksikan sendiri bagaimana masyarakat Islam menerima kunjungan tetamu yang terdiri dari kaum dan agama lain. Masyarakat Islam di Sarawak terbuka menerima tetamu dengan hati yang ikhlas walaupun berbeza dari segi bangsa dan agama," katanya.

Snowdan turut menasihati agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama tidak terperdaya dengan hasutan yang boleh menyebabkan perpecahan kaum yang telah diamalkan selama ini.

" Kita di Malaysia khususnya Sarawak sememangnya suasana keamanan sebegini dikekalkan sampai bila-bila kerana ia mampu menyatupadukan kerjasama yang erat dikalangan kaum dan agama," katanya.

" Ini memudahkan kemajuan sesebuah negeri adalah kesan perpaduan yang tinggi daripada rakyat secara keseluruhan," ujarnya.

Snowdan menyatakan bahawa amalan kunjung mengunjungi terus diamalkan dan memartabatkan perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan negeri atau negara selamanya.

Snowdan dan keluarga turut menziarahi perkampungan Melayu Balai Ringin dan perkampungan Iban Muslim di Simunjan dalam ziarah raya semalam.-Sarawakiana
Erat Silaturahim Ziarah Musim Perayaan Erat Silaturahim Ziarah Musim Perayaan Reviewed by Unknown on July 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.