Seo Services

PM Harap Gaji Minimum Beri Manfaat Kepada Pekerja


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perintah Gaji Minimum 2016 yang akan berkuat kuasa esok diharap memberi manfaat kepada golongan pekerja di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semoga peningkatan pendapatan ini akan membawa manfaat kepada para pekerja dengan struktur penggajian yang lebih saksama selain menggalakkan peningkatan produktiviti dan pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Bermula 1 Julai, gaji minimum negara untuk para pekerja semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah, akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung, dan daripada RM800 kepada RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut dilaksanakan esok ialah kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam seluruh negara.

Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem sebelum ini berkata Perintah Gaji Minimum 2016 akan dikuatkuasakan tanpa sebarang penangguhan. -- BERNAMA
PM Harap Gaji Minimum Beri Manfaat Kepada Pekerja PM Harap Gaji Minimum Beri Manfaat Kepada Pekerja Reviewed by Admin on July 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.