KUCHING: Pintu untuk calon import dari Liberia, Teah Dennis terbuka luas untuk menyarung jersi Sarawak namun pemain pertahanan terbabit tetap perlu menampilkan prestasi terbaik terlebih dahulu.
Berdasarkan dua perlawanan persahabatan sebelum ini, Teah menampilkan persembahan agak baik dan pengendali sementara Sarawak, David Usop mahu calon import mengekalkan momentum sebelum diambil bermain.
Menurut David, Teah akan sekali lagi diuji dalam perlawanan 'sparring' menentang skuad muda (SUKMA) di Stadium Negeri sekitar jam 9.30 malam.
"Pemain ini (Teah) masih berpeluang untuk bermain bersama kita berdasarkan dua perlawanan (persahabatan) sebelum ini," katanya.
David menjelaskan, peluang Teah menyarung jersi Sarawak mungkin tipis sekiranya ada calon import baharu datang untuk menjalani ujian pemilihan.
"Namun buat masa ini Teah masih menjadi calon terbaik dan terdapat beberapa agen pemain yang menghantar calon import tetapi kita perlu membuat pemilihan untuk menguji kemampuan terlebih dahulu," jelasnya.
Sarawak akan mengharungi cabaran Piala Malaysia 2016 menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 13 Julai depan. -Sarawakiana.
Pintu Masih Terbuka Terbuka Buat Teah Sertai Sarawak
Reviewed by Unknown
on
July 01, 2016
Rating:
No comments: