Seo Services

Pusat Membeli Belah Mini RM3.2 Juta Dibina Di Gedong


KUCHING: Sebuah pusat beli-belah mini bernilai RM3.2 juta akan dibina di Gedong bagi menyediakan kemudahan komersial di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais berkata pembinaan di bawah program Pusat Transformasi Luar Bandar itu dijangka bermula pada hujung bulan ini.

“Gedong memerlukan pasar, sebab itu kita telah meroboh gerai lama di bawah Pusat Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di situ untuk diganti konsep baharu iaitu kedai di bawah satu bumbung atau pusat beli-belah mini.

“Dengan ini, ia akan memberi ruang untuk kedai runcit, bank, tempat makan, pejabat Telekom dan sebagainya supaya penduduk boleh membayar bil, makan, minum serta membeli barang,” katanya ketika ditemu-bual sempena majlis rumah terbuka di kediamannya di sini, kelmarin.

Selain komersial, Naroden juga Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan berkata akan membangunkan sosioekonomi penduduk khususnya golongan belia di konstituensinya itu menerusi aktiviti pertanian.

Menurut beliau, antaranya ialah program ‘My Kampung My Future’ yang mana melibatkan belia-belia kampung untuk mengusahakan tanaman-tanaman mengikut cara moden.

Jelas beliau, program tersebut sudah pun dilaksanakan dengan jaya di mana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memulakan projek perintis menerusi tanaman cili, tembikai susu, tomato termasuk penternakan sapi dan sebagainya.

“Ini telah menunjukkan kejayaan dan ia memberi ilham kepada kita untuk membesarkan lagi program ‘My Kampung My Future’ dengan menggandakan keluasan tanaman daripada 35 ekar kepada 70 hingga 100 ekar,” katanya.

Pada masa sama, Naroden berkata projek tanaman nanas MD2 juga akan dilaksanakan di Gedong dengan keluasan 200 ekar.

“Tanaman nanas ini akan bermula dalam dua bulan akan datang di mana kita sedang menyelesaikan hal tanah,” katanya.

Kawasan Gedong yang turut merangkumi Ulu Simunjan dan sekitar Sungai Batang Sadong adalah mempunyai populasi penduduk kira-kira 30,000 orang. -TheBorneoPost
Pusat Membeli Belah Mini RM3.2 Juta Dibina Di Gedong Pusat Membeli Belah Mini RM3.2 Juta Dibina Di Gedong Reviewed by Azmin on July 11, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.