Seo Services

30 Kaum Tunjang Perpaduan Dan Keharmonian Sarawak


KUCHING : Keamanan dan keharmonian Sarawak selama ini adalah hasil daripada perpaduan yang diamalkan 30 kaum yang menetap di Sarawak.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, keharmonian sebegini sukar didapati di luar negara kerana terdapat masalah perpaduan dari segi kaum dan agama walaupun tidak terdapat ramai kaum.

"Di bawah kepimpinan Ketua Menteri kita, Sarawk dapat mengekalkan keharmonian, keamanan dan sebagainya.

"Apabila kita mempunyai kestabilan politik, kita juga akan mempunyai kestabilan kaum yang ada di negeri ini," katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Intensif Pelajar Cemerlang 2015 Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak di sini semalam.

Menurutnya setiap kaum di Sarawak memiliki sejarah tersendiri dan terbukti pada masa ini kaum Kenyah terkenal dengan pemuzik sape telah dikenali di seluruh dunia.

"Mathew Ngau antara nama yang telah mengharumkan kaum Kenyah serta telah diberi penghargaan sebagai Orang Hidup Warisan Kebangsaan.

"Ini akan menjadi sejarah kaum Kenyah dan akan terpahat dalam sejarah sampai bila-bila," ujarnya.

Snowdan menggesa agar anak muda turut mengikuti usaha Mathew dan mengikuti jejak beliau untuk mencipta sejarah untuk kaum masing-masing serta tidak lupa pada asal usul.

Beliau turut mengingat persatuan Kenyah dan sebagai untuk melihat arah mana persatuan hendak tuju lima hingga sepuluh tahun akan datang dan yang paling utama persatuan harus mengamalkan untuk tidak merebut kuasa untuk kepentingan peribadi dan telus dalam pengurusan kewangan persatuan.-Sarawakiana
30 Kaum Tunjang Perpaduan Dan Keharmonian Sarawak 30 Kaum Tunjang Perpaduan Dan Keharmonian Sarawak Reviewed by Unknown on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.