Seo Services

Jambatan Batang Sadong Dijangka Dapat Digunakan Oktober Ini


SAMARAHAN: Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer akan dijangka dapat digunakan secara rasmi oleh orang ramai pada Oktober ini.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri pada Majlis Acara Simbolik Penyambungan Girder terakhir Jambatan Batong Sadong di sini semalam.

”Jambatan tersebut hanya boleh digunakan selepas kerja-kerja akhir disiapkan tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” ujarnya

Menurutnya, pembinaan jambatan tersebut mengambil masa 48 bulan untuk disiapkan dan telah siap dalam 98.5% iaitu mendahului 4.5% lebih awal daripada jadual sebenar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata dengan siapnya jambatan itu sebagai antara yang terpanjang di Malaysia, penduduk Sadong Jaya, malah dari Asajaya, Simunjan, Gedong sehinggalah Sebuyau dapat menikmati kemudahan ini dan merancakkan lagi aktiviti pembangunan di kawasan sekitar.

Jambatan yang bernilai RM212 juta itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 ketika lawatan beliau ke kawasan Batang Sadong.

Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh ADUN Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo dan dihadiri Pengarah JKR Sarawak Ir Hj Zuraimi Hj Sabki serta Residen Samarahan, Abdul Rahman Sebli Senusi. – Sarawakiana
Jambatan Batang Sadong Dijangka Dapat Digunakan Oktober Ini Jambatan Batang Sadong Dijangka Dapat Digunakan Oktober Ini Reviewed by uMieySurianie on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.