Seo Services

Sarawak Perlu Atasi Kekurangan Pemandu Bas dan Operator Jentera

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Sarawak perlu mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu bas dan operator jentera berat mahir, kata Menteri Muda Pembangunan dan Tenaga Kerja dan Latihan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Beliau berkata masalah tersebut berlaku berikutan kos untuk mendapatkan latihan berkenaan adalah mahal iaitu antara RM5,000 hingga RM6,000.

"Oleh yang demikian kementerian akan cuba melihat bagaimana golongan muda yang mencari pekerjaan dibantu agar dapat menjadikan pemandu bas dan operator jentera berat sebagai kerjaya mereka.

"Kita hendak melihat bagaimana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau Dana Pembangunan Sumber Manusia boleh memberikan bantuan kepada mereka yang hendak mengikuti latihan sebagai pemandu bas dan operator jentera berat ini," katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri pelancaran program Training & Industrial Awareness (TRIA) bagi Wilayah Tengah Sarawak di University College of Technology Sarawak (UCTS) di sini hari ini.

Len Talif berkata selain bantuan pinjaman kewangan, insentif dan gaji yang menarik perlu ditawarkan untuk menggalakkan lebih ramai golongan muda di Sarawak untuk bekerja di bidang itu.

Beliau berkata tanggungjawab kementerian beliau bukan setakat untuk menyediakan latihan teknikal malah perlu melengkapkan golangan berkenaan dengan kemahiran tertentu sebelum diserapkan ke dalam pasaran pekerjaan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata terdapat kira-kira 10,000 hingga 15,000 graduan dalam pelbagai bidang di Sarawak belum lagi memperoleh pekerjaan disebabkan tidak dapat memenuhi kriteria pasaran pekerjaan.

Katanya graduan berkenaan tidak memiliki kemahiran dan pengalaman dalam pekerjaan yang diperlukan oleh industri serta kurang mahir berkomunikasi.

Seramai 100 pelajar sekolah menengah dari Sibu, Selangau, Kanowit, Sarikei, Julau, Meradong, Kapit, Song, Mukah, Dalat dan Daro mengikuti program tersebut. -- BERNAMA
Sarawak Perlu Atasi Kekurangan Pemandu Bas dan Operator Jentera Sarawak Perlu Atasi Kekurangan Pemandu Bas dan Operator Jentera Reviewed by Admin on August 29, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. hurmmm, bukan sebab tu kot....GAJIIIIIIIIII sangat la tidak berpatutan kt sana...ATASI LAH MASALAH GAJI YG SANGAT RENDAH DI SARAWAK

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.