Foto Berita Harian |
PETALING JAYA: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RRI Sungai Buloh, di sini, hari ini mencatat nama dalam The Malaysian Book of Records selepas menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan 110,000 tudung botol.
Jalur Gemilang yang berukuran 14.4 meter panjang dan 7.7 meter lebar itu disiapkan oleh lebih 200 murid, guru serta ibu bapa SJKT RRI Sungai Buloh dalam tempoh 24 jam, bermula jam 7 pagi semalam.
Guru Besar, S Sarasvathy, berkata penghasilan Jalur Gemilang itu adalah sempena sambutan Kemerdekaan ke-59, selain mahu menyuburkan rasa cinta negara dan alam sekitar kepada semua murid.
"Kita berharap dengan menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan Jalur Gemilang ini, bukan saja dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri murid, malah dapat menyuburkan rasa cinta kepada alam sekitar," katanya.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan turut hadir menyaksikan Jalur Gemilang berkenaan yang dihasilkan daripada tudung botol. -BH
Jalur Gemilang Daripada 110,000 Penutup Botol
Reviewed by Unknown
on
August 24, 2016
Rating:
No comments: