Seo Services

Jejantas Laluan Motosikal Pertama Di Sarawak



KOTA SAMARAHAN : Bagi mengelak penunggang motosikal melawan arus untuk mengambil jalan pintas ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kerajaan mengambil inisiatif membina jejantas yang boleh dilalui motosikal untuk menyeberang jalan serta pertama kali dibina di Sarawak.


Jejantas ini telah dibina dalam masa yang singkat kerana ia siap dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Konsep yang diketengahkan lebih menjurus kepada identiti Sarawak dan ia begitu menarik pandangan.

Pagar pembahagi laluan pejalan kaki dan motorsikal

Jejantas ini terbahagi kepada dua fungsi di mana motosikal dan basikal mempunyai laluan tersendiri dan pejalan kaki turut mempunyai laluan yang telah dibahagikan. Pejalan kaki mungkin berasa selamat kerana terdapat pagar pembahagi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tangga pejalan kaki


Kelihatan struktur jejantas ini mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk penunggang motorsikal dan pejalan kaki. Pagar yang dibina begitu selamat untuk mengelak kemalangan berlaku. Pagar pemisah antara lorong motorsikal dan pejalan kaki mengelak kejadian seperti ragut berlaku.

Laluan naik dan turun penunggang motorsikal

Atas pemerhatian, jejantas ini memang jelas dibina dengan ciri keselamatan yang tinggi dan selamat digunakan. Dengan siapnya jejantas ini memudahkan pelajar dan penunggang motorsikal menyeberangi jalan dengan selamat. Tiada lagi berlaku tindakan melawan arus trafik untuk sampai ke UNIMAS.-Sarawakiana
Jejantas Laluan Motosikal Pertama Di Sarawak Jejantas Laluan Motosikal Pertama Di Sarawak Reviewed by Unknown on August 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.