Seo Services

Pindah Segera - Snowdan



PANTU : Penduduk Balai Ringin yang terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo diarah untuk berpindah segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan berkata, kerjasama masyarakat amat penting untuk memastikan kelancaran projek tersebut.

"Kerajaan sudah memberikan pampasan dan disediakan tapak baru untuk mereka mendirikan rumah.

"Kerja meroboh akan dilakukan pada 5,6 dan 7 September ini. Sekiranya penduduka terjejas tidak berpindah, ia akan menyukarkan projek ini," katanya ketika merasmikan Majlis Semarak Kemerdekaan Malaysia di sini semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penduduk yang masih berdegil tidak berpindah dipengaruhi hasutan pihak tertentu.

"Projek mungkin lambat siap jika mereka ini masih lagi berdegil untuk berpindah.

"Diharap pihak yang terlibat menuruti arahan dan bekerjasama kerana projek ini adalah untuk kepentingan rakyat Sarawak secara keseluruhan," ujarnya.-Sarawakiana
Pindah Segera - Snowdan Pindah Segera - Snowdan Reviewed by Unknown on August 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.