KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Presidennya, G. Ajeet Sigh berkata, KPISM berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana sentiasa memastikan hanya yang terbaik untuk warga jabatan itu.
“KPISM menyeru kepada semua pegawai imigresen agar dapat terus melaksanakan tugas dengan jujur, amanah, penuh dedikasi dan tanggungjawab.
“Setiap pegawai juga perlu menunjukkan contoh terbaik dan sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji terutama bila berhadapan dengan pelanggan jabatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, beliau mengalu-alukan kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk menyegerakan Bayaran Insentif Penguatkuasa Imigresen RM200 kepada pegawai-pegawai imigresen di Bahagian Penguatkuasa dan Depot seluruh negara.
Katanya, pengumuman berkenaan peluang kepada pegawai imigresen Skim KP untuk dilantik menjadi Pengarah Bahagian dan Negeri di Jabatan Imigresen Malaysia turut dialu-alukan. – MYNEWSHUB.CC
Kesatuan Imigresen Berterima Kasih Dengan PM
Reviewed by Unknown
on
September 05, 2016
Rating:

No comments: