Seo Services

Lakaran Pensil Sumber Rezeki



KUCHING : Walaupun teknologi terkini begitu meluas untuk menghasilkan sebuah lukisan namun seni lukisan lakaran pensil menggunakan tangan tetap menjadi pilihan justeru menjadi sumber pendapatan pelukis.

Abdul Halim Nohong, 43 tahun yang berasal dari Kampung Jaie Samarahan berkata beliau telah melukis sejak 25 tahun yang lalu.

"Minat saya begitu mendalam dalam seni lukisan terutama lakaran potret menggunakan pensil.

"Selain itu saya juga menghasilkan lukisan menggunakan cat air terutama melukis peemandangan dan objek," katanya ketika ditemubual Sarawakiana.



Beliau menyatakan mula aktif melukis kembali dan menjadikan seni lukis sebagai sumber rezeki sejak dua tahun yang lalu.

"Sebelum itu saya hanya melukis sebagai memenuhi hobi sahaja.

"Atas dorongan keluarga dan rakan-rakan, saya lebih serius melukis untuk ditempah dan dijual," ujarnya.



Halim menjelaskan sambutan pelanggan terhadap lukisan beliau amat menggalakkan dan boleh hubungi beliau ditalian 01596461175 melalui aplikasi whatsapp.

"Buat masa ini pelanggan boleh menghantar gambar melalui aplikasi Whatsapp dan saya akan hasilkan lukisan melalui kehendak pelanggan.

"In Sha Allah, saya akan hasilkan lakaran yang akan memuaskan hati pelanggan semua," jelasnya.-Sarawakiana
Lakaran Pensil Sumber Rezeki Lakaran Pensil Sumber Rezeki Reviewed by Unknown on September 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.