BINTULU: Sebuah rumah kayu di KM 62, Jalan Sibu-Bintulu musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 9.10 malam tadi.
Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 9.15 malam.
Jurucakap bomba, kebakaran melibatkan rumah kayu separuh kekal yang musnah keseluruhannya.
"Kita (bomba) bertindak memadamkan sisa-sisa kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula dan aliran hos dari jentera," katanya.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. -Sarawakiana.
Rumah Kayu di KM62, Jalan Sibu-Bintulu Musnah Dalam Kebakaran
Reviewed by Unknown
on
September 05, 2016
Rating:

No comments: