Seo Services

Cubaan Pecah Masuk Rumah Di Matang Gagal

Gambar Hiasan 

KUCHING: Padah menimpa seorang lelaki yang terkehel lehernya ketika cuba melarikan diri selepas cubaannya memecah masuk sebuah rumah di Jalan Matang-Batu Kawa tidak berjaya, semalam.

Menurut sumber, suspek yang berasal dari Matang itu pada mulanya dilihat menceroboh kawasan rumah milik seorang jurujual iaitu sekitar jam 8 pagi.

Difahamkan, kebetulan semasa kejadian, isteri jurujual terbabit masih berada di rumah dan terus menghubungi suaminya apabila melihat suspek memanjat pagar rumah mereka.

“Selepas dimaklumkan oleh isterinya, dia (jurujual) terus menghubungi jiran-jirannya dan bersepakat untuk menangkap suspek.

“Suspek yang menyedari kehadirannya diketahui penduduk di situ kemudian dikatakan memanjat ke tingkat atas rumah berkenaan sebelum melompat untuk melarikan diri.

“Nasib bagaimanapun tidak menyebelahinya apabila lehernya terkehel sekali gus menyukarnya melarikan diri menyebabkan penduduk di situ terus menangkapnya,” kata sumber.

Penduduk di kawasan perumahan itu kemudian menghubungi pihak polis.

“Suspek yang tercedera itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan patah tulang dan hanya terkehel di bahagian lehernya.

“Selain itu, siasatan awal mendapati suspek masuk ke rumah tersebut disyaki bertujuan mencuri barang,” katanya yang turut memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.-UB
Cubaan Pecah Masuk Rumah Di Matang Gagal Cubaan Pecah Masuk Rumah Di Matang Gagal Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.