KUCHING : Jaringan infrastruktur terbaik akan membantu meningkatkan ekonomi sekaligus dapat merapatkan jurang pembangunan di negeri ini dan Semenanjung Malaysia.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, kerajaan negeri sedang merangka Pelan Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak (SETP) secara proaktif meliputi tempoh 15 tahun dari 2016 hingga 2030.
Menurutnya, pelan tersebut merangkumi semua sektor ekonomi termasuk jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan, bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kesihatan dan pembangunan pendidikan.
"Ini adalah penting untuk menarik pelaburan dan memudahkan aktiviti perniagaan dalam negeri.
"Dengan kekuatan kerajaan, segala polisi dan pembangunan yang telah dirangka akan terus dilaksanakan," katanya.
Tambah beliau, dengan pelan pembangunan yang komprehensif, peningkatan ekonomi menyeluruh akan terlaksana bukan dipihak tertentu sahaja tetapi ia merangkumi seluruh lapisan masyarakat negeri ini.-Sarawakiana
#DUNSarawak : Infrastruktur Baik Pacu Ekonomi Sarawak
Reviewed by Unknown
on
November 29, 2016
Rating:
No comments: